Sambutan Tahun Baru Cina Warnai Semangat Perpaduan Di DUN Ajil


Oleh: Khairuddin Yusoff

HULU TERENGGANU, 18 Februari- Sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan setiap tahun mampu mewarnai semangat perpaduan yang utuh antara masyarakat Melayu dan Cina Tionghoa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata, kerjasama yang ditunjukkan bagi menjayakan perayaan ini membuktikan ikatan persahabatan yang erat antara penduduk Melayu dan masyarakat Tionghoa di sini.

"Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T  di atas komitmen yang diberikan bersama - sama penduduk Ajil dalam usaha untuk menjayakan sambutan tahun baru Cina bagi meraikan kaum Tionghoa.Keadaan ini merupakan satu petunjuk bahawa kita boleh bekerjasama dalam semua perkara yang untuk kebaikan bersama.

"Saya juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua terutama kaum Tionghua dan juga sahabat - sahabat kita daripada orang Melayu yang turut sama membantu meraikan majlis ini.Mudah - mudahan usaha kita ini menghasilkan satu kejayaan untuk kita mempertautkan hubungan di antara kaum Melayu dan juga Tionghoa di Ajil khususnya, "ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis tautan muhibbah sempena meraikan Tahun Baru Cina 2019 peringkat DUN Ajil di pekarangan bangunan Ajil Trade Centre (ATC), baru- baru ini.

Majlis ini dihadiri kira- kira seramai 800 orang masyarakat Tionghoa termasuk penduduk di sekitar Ajil.



  
Turut hadir, Timbalan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu, Jefri Chua dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu merangkap Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ismail Osman,

Sementara itu, Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu, Wong Foot Yoke berkata, beliau berasa sangat teruja dan bangga melihat suasana kemeriahan serta penglibatan bersama penduduk Pekan Ajil dalam sambutan perayaan ini.

"Saya amat bangga dan gembira melihat suasana yang melambangkan perpaduan di DUN Ajil ini.Inilah yang berlaku sejak berpuluh tahun dahulu lagi yang mana masyarakat Tionghoa dan bukan Tionghoa boleh hidup bersama biarpun perbezaan agama dan bangsa…inilah kelebihan kita dan jangan jadikan perbezaan itu sebagai halangan untuk kita raikan bersama.

"Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan DUN yang berusaha meluangkan masa untuk menyiapkan kanopi, hiasan , pentas dan lain- lain kelengkapan untuk persediaan perayaan ini, "katanya.

Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan tarian Naga dan pertukaran hadiah sebagai simbol perpaduan dan muhibbah.



Tag: