UTC Terengganu Rekod 1.17 Juta Pengunjung


Mohd Najib melancarkan UTC, Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimAdd caption

Kerajaan negeri sentiasa memastikan keseimbangan transformasi dan pembangunan antara kawasan bandar dengan luar bandar, seiring peranan besar rakyat di negeri ini selaku pendukung kuat aspirasi kerajaan.

Kewujudan 21 Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara, termasuk yang ke-15 di Terengganu menjadi antara bukti dan terjemahan komitmen Kerajaan Pusat untuk mengimbangi transformasi supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati pembangunan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata transformasi tidak terhad kepada pembangunan fizikal saja  tetapi juga perubahan minda dan tindakan yang diterjemahkan sebagai pemikiran, perasaan dan tindakan.


"Tiga elemen ini harus ditransformasikan kerana pembangunan fizikal tidak akan bermakna jika mereka yang menerima bantuan dan sumbangan tidak menghargainya.
"Transformasi dibuat bukan kerana apa yang dimahukan pemimpin tetapi apa yang diperlukan rakyat peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu, di Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu, hari ini.
UTC Terengganu, Kuala Terengganu,hari ini.

Hadir merasmikan UTC, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak.
 
Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong,Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan calon Barisan Nasional Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Terengganu.
 

Ahmad Razif memberitahu, UTC Terengganu yang mula beroperasi pada 27 Jun 2016 dan sehingga Mac tahun ini telah mencatatkan seramai 1,167,676 pengunjung.

Katanya lagi, kemudahan itu adalah lambang kesungguhan kerajaan dalam menyediakan dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

“Perkhidmatan unik ini wajar dihargai dan tidak diambil sambil lewa kerana tiada kerajaan lain di serata dunia yang menawarkan perkhidmatan sedemikian.

“Memang tidak ada tempat lain di dunia di mana kerajaan menyediakan perkhidmatan sebegini yang dipusatkan dalam satu tempat. Beroperasi tujuh hari seminggu, bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam pada setiap hari,” katanya.


Tag: