Pesakit Kronik Dikunjungi Isteri Pemimpin Setempat
Siti Aminah yang terlantar sakit menerima lawatan isteri pemimpin setempat yang berkunjung di rumahnya di Kampung Pasir Raja, DUN Bukit Besi. |
DUNGUN, 29 Oktober - Derita seorang ibu, Siti Aminah Ismail, yang lumpuh separuh badan akibat pendarahan dalam saraf tunjang, di Kampung Pasir Raja, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, di sini, mendapat perhatian pemimpin setempat, baru-baru ini.
Ziarah prihatin yang disertai isteri ADUN Paka, Hajah Sabariah Ilyas, isteri ADUN Rantau Abang, Hajah Rugayah Mahmood, isteri ADUN Sura, Hajah Roslina Harun dan isteri Penyelaras DUN Bukit Besi, Hajah Zakiah Alias menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan dapur untuk meringankan bebanan pesakit berkenaan.
Siti Aminah, 53, yang tidak dapat berjalan sejak 13 tahun lalu terharu kerana nasibnya itu terus mendapat perhatian pemimpin apabila isteri-isteri wakil rakyat dan Penyelaras DUN di Parlimen Dungun itu mengunjunginya untuk bertanya khabar dan melihat sendiri kekurangan dirinya selepas menderita sakit itu.
Menurutnya, ujian kehidupan adalah lumrah, namun dia perlu kuat dan nekad menempuhinya dengan tabah apabila pancainderanya secara tiba-tiba tidak mampu berfungsi sekali gus mengubah kehidupan sebagai ibu dan isteri.
"Tiba-tiba tidak boleh jalan, sampai sekarang dan sudah 13 tahun. Masa mula-mula kena, saya tak boleh bergerak langsung. Jika hendak bangun, empat anak bergilir-gilir dengan suami membantu saya. Kira-kira empat bulan juga langsung tidak mampu duduk dan bergerak. Lepas menjalani rawatan secara tradisional dan urutan, Alhamdulillah, saya boleh duduk sampai sekarang,"katanya.
Ibu empat anak itu menerima bantuan am daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM300 untuk penjaga dan RM200 untuknya yang sakit terlantar.
Menurutnya, suaminya akan mengurus dirinya sebelum keluar ke kebun untuk menampung kehidupan harian, selain anak-anaknya turut bekerja untuk menyara kehidupan masing-masing.
Siti Aminah |
Rabiah yang juga seorang kelainan upaya berdepan masalah penglihatan tinggal berseorangan di rumah yang uzur, hanya sesekali ditemani kakak angkat dan adiknya untuk menguruskan kehidupan seharian.
"Saya boleh bergerak dengan mengensot perlahan-lahan, walau terbatas. Syukur walau tidak nampak dan tidak mampu berjalan seperti orang lain, saya masih mampu bergerak.
"Dalam keadaan uzur ini, ada pihak prihatin kerana sudah lama menerima bantuan kebajikan (JKM) RM200 setiap bulan. Bagaiamanpun, bantuan itu tidak mencukupi sebab hendak beli lampin pakai buang, makanan dan urusan lain lagi,"katanya.