Sinar Kasih Rhu Rendang, Cakna Rakyat Rhu Rendang



Oleh: Aslam Wira

MARANG, 6 Februari - Program “Sinar Kasih Rhu Rendang” menjadi satu bentuk aktiviti cakna rakyat yang diadakan secara mingguan oleh pemuda Dewan Undangan Negeri di sini pada setiap petang khamis.

Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria berkata program ini bertujuan membantu golongan yang memerlukan disamping bertanya khabar yang secara langsung akan mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Katanya, kami juga menyampaikan salam daripada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga menyumbang barangan untuk diserahkan kepada mereka yang dikunjungi.

“Dalam program Sinar Kasih Rhu Rendang, kita akan mencari sepuluh orang peserta di bawah umur 40 tahun  untuk ziarah kebajikan dan cawangan yang terdapat padang bola untuk serahan bola sepak,* katanya.

Antaranya juga mereka yang sakit kronik, uzur, kurang berkemampuan, dan dilanda musibah mengikut aduan yang diterima daripada pemuda cawangan masing-masing.”

Turut bersama-sama menyertai program tersebut adalah Penyelia Pusat Khidmat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, Ketua Pemuda PAS Dun Rhu Rendang, Ziyad Zakaria dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan Pemuda Dun Rhu Rendang.

Menurutnya lagi, program hari ini adalah kali keempat dilakukan melibatkan cawangan Kijing untuk ziarah kebajikan dan bandar Marang untuk serahan bola.

“Manakala cawangan yang sudah selesai diagihkan sumbangan tersebut adalah Darat Pak Chan, Rhu Renggeh, dan Bukit Gasing.”

“Bentuk sumbangan yang diberikan merupakan barang keperluan dapur, bag sekolah dan alat tulis,” tambahnya lagi.

Tag: